Kolaj Foto - Aplikasi untuk iPhone dan iPad

Aplikasi ini bukan sekadar aplikasi kolaj yang biasa. Aplikasi ini membuat kolaj foto dalam saiz yang anda ingini!

Adakah anda memerlukan kolaj foto bersaiz 2560 x 1440 piksel untuk platform video, atau 1200 x 1200 piksel untuk rangkaian sosial? Dengan aplikasi kolaj ini, tiada masalah! Adakah anda mahu mencetak kolaj foto pada kertas foto 4 x 6 dan membingkaikan kolaj itu? Ini juga sangat mudah dilakukan dengan aplikasi kolaj kami. Tetapkan saiz imej yang diperlukan, pilih daripada 300 reka letak kolaj, letakkan imej anda di atas reka letak itu, kemudian cetak.

Format output ditakrifkan dalam salah satu daripada empat unit berikut: piksel, milimeter, sentimeter, inci

Apl kolaj ini membenarkan anda menyimpan imej yang telah selesai dibuat, menghantar imej itu melalui e-mel, mencetak atau berkongsi imej tersebut dengan orang lain.

Selain menggerakkan atau membesarkan/mengecilkan imej, aplikasi ini juga membenarkan anda memutar imej secara bebas. Ciri ini memberi anda lebih kebebasan dalam mereka bentuk kolaj foto kreatif anda.

Aplikasi ini menawarkan 100 reka letak kolaj dan 15 imej latar belakang secara percuma. 200 reka letak tambahan dan 85 imej latar belakang tambahan boleh dibuka dengan mudah menerusi pembelian dalam aplikasi.

Tangkapan skrin